




Pengenalan
APC merupakan sebuah program Pra-sekolah berasaskan Al-Quran yang dirangka khusus bagi memenuhi keperluan Pendidikan Islam bagi kanak-kanak berusia 4, 5 & 6 tahun. APC menerapkan konsep 50% pembelajaran Al Quran dalam sesi pembelajaran. APC dihasilkan berteraskan 2 program utama Al Baghdadi iaitu Teknik Al Baghdadi (Asas bacaan Al Quran) dan NADI Al Baghdadi (Hafazan Al Quran Al Baghdadi) yang memenuhi 50% pembelajaran di APC.
Modul Pembelajaran
Selain keunikan pengajian Al-Quran yang menggunakan Teknik Ketuk-Ketuk & Hafazan melalui kaedah Neuro Nadi, APC Saujana Impian juga menambah nilai pembelajaran secara seronok dan santai melalui program akademik tambahan yang terbukti berkesan bagi kanak-kanak awal usia iaitu Program Cepat Membaca 'Cahayaku' dan Alfa & Friends bagi subjek Sains & Matematik.