top of page

Modul Pembelajaran

Selain keunikan pengajian Al-Quran yang menggunakan Teknik Ketuk-Ketuk & Hafazan melalui kaedah Neuro Nadi, APC Saujana Impian juga menambah nilai pembelajaran secara seronok dan santai melalui program akademik tambahan yang terbukti berkesan bagi kanak-kanak awal usia iaitu Program Cepat Membaca 'Cahayaku' dan Alfa & Friends bagi subjek Sains & Matematik.
Teknik Ketuk-Ketuk

Teknik Al-Baghdadi merupakan satu teknik belajar & mengajar Al-Quran melalui pendekatan inovatif, sistematik & seronok dengan menggunakan sebuah buku sahaja serta dibantu oleh Alat Bantu Mengajar yang dikenali sebagai Alat Ketuk.

 

Ianya disusun menggunakan pendekatan SAS iaitu Struktur, Analisis & Sintesis yang mana merupakan pendekatan terbaik dalam pengajaran bahasa. Teknik Al-Baghdadi amat sesuai untuk diaplikasikan oleh semua golongan usia.

 

Melalui Teknik Al-Baghdadi pelajar akan didedahkan kepada 6 perkara asas & pokok dalam pembacaan Al-Quran serta sebutan huruf-huruf hijaiyah serta bunyi-bunyi yang keluar darinya.

Hafazan Nadi

Program Neuro Nadi Al-Baghdadi merupakan kaedah hafazan Al-Quran yang sesuai bagi semua golongan usia berkonsepkan neurofisiologi. Ia mampu menghasilkan hafazan yang lebih berkualiti, cepat & hebat berbanding hafazan biasa kerana pelajar mampu membaca ayat secara turutan, secara rawak mahupun diuji secara spontan.

Hafazan menjadi mudah & seronok dengan:

  • Minda lebih cerdas & cergas

  • Mengoptimakan penggunaan otak kanan

  • Meningkatkan daya fokus & kreativiti

 

Pengajaran & Pembelajaran

  • Hafazan secara berkumpulan

  • Pengulangan hafazan berlaku tanpa disedari

  • Memori secara holistik (menyeluruh)

Little Scientist

Little Scientists adalah program pembelajaran amali yang berasaskan penyelidikan untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun. Program ini adalah selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang memberi penekanan kepada pembangunan keupayaan kognitif kanak-kanak melalui manipulasi objek.

 

Kami mengintegrasikan nilai-nilai Islam supaya anak-anak bukan sahaja belajar tentang sains, dalam masa yang sama mereka akan dapat memahami konsep Islam di sebaliknya. Kami juga mahu mereka kagum & menghargai setiap ciptaan Allah.

Euler Maths

Euler Maths merupakan program pembelajaran Matematik secara kreatif dan menyeronokkan bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6. Program ini adalah selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang memberi penekanan kepada pembangunan keupayaan kognitif kanak-kanak melalui manipulasi objek. Kurikulum ini memberi tumpuan kepada pemahaman visual, sambungan dan deria nombor. Kanak-kanak akan diperkenalkan kepada konsep asas matematik melalui aktiviti yang menyeronokkan dan pengalaman pembelajaran secara amali.

 

Silibus pembelajarannya bermula dengan yang mudah kepada kompleks bagi membantu kanak-kanak membina keyakinan dan kemahiran dalam Matematik. Proses ini akan membina asas yang kukuh ke arah kejayaan dalam matematik.

Cepat Membaca Cahayaku

Sistem ini menggabungkan 3 teknik mengajar secara serentak iaitu:-

  • Mimik - untuk guru

  • Iqra' - untuk ibu bapa

  • Latihtubi - untuk guru dan ibu bapa

 

Cahayaku® menggalakkan kanak-kanak membaca dengan sendiri apabila corak susunan belajar yang dibina oleh guru dapat dikuasai oleh pelajar. Ini menimbulkan sifat ketagihan untuk membaca, disamping menerapkan sifat mulia yang lain pada masa yang sama.
 

Semua pihak terlibat mendapat faedah, iaitu:-

 

  • Pelajar: dapat mengetahui/mengesan/mendidik diri sendiri bersandarkan kepada logik, bentuk susunan, corak susunan, bunyi dan pergerakan atau perbuatan yang sedang dilakukan atau sebelum membuat sesuatu tindakan.

  • Guru: dapat mengetahui dengan jelas tahap pencapaian pelajar di dalam pembelajaran yang telah diberikan kepada mereka dengan mengambil kira keberkesanan cara seseorang guru itu berinteraksi dengan pelajar tertentu.

  • Pengusaha: dapat mengesan karekter guru dan permasalahan yang dihadapi oleh para guru-guru yang mengajar.

© 2015 by Al-Baghdadi Playtime Centre (APC) Saujana Impian

bottom of page