top of page

Pengenalan

Al Baghdadi Playtime Centre (APC) merupakan ...

sebuah program pra-sekolah berasaskan Al Quran yang dirangka khusus bagi memenuhi keperluan pendidikan islam semasa bagi kanak-kanak berusia 4, 5 dan 6 tahun.

 

APC menerapkan konsep 50% pembelajaran Al Quran dalam sesi pembelajaran. APC dihasilkan berteraskan 2 program utama Al Baghdadi iaitu Teknik Al Baghdadi (Asas bacaan Al Quran) dan NADI Al Baghdadi (Hafazan Al Quran Al Baghdadi) yang memenuhi 50% pembelajaran di APC. Selain pembelajaran asas al-Quran dengan menggunakan teknik Al Baghdadi, APC juga menerapkan pembelajaran akademik seperti Teras Bahasa,Teras Kognitif dan Teras Akhlak. 

 

Matlamat Al Baghdadi Playtime Centre bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dari segi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. 

 

Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

 

Al Baghdadi Playtime Centre menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mempelajari al-Quran serta beberapa aspek lain yang berkaitan dengan perkembangan emosi dan sosial, intelek dan rohani seperti berikut:

 

  • Mewujudkan pusat perkembangan potensi kanak-kanak berteraskan pendidikan al-Quran.

  • Membentuk perkembangan potensi minda dan intelektual kanak-kanak.

  • Membentuk perkembangan sosial dan perhubungan.

  • Membekalkan kanak-kanak asas ilmu al-Quran.

  • Mendidik kanak-kanak menghafaz surah-surah al-Quran.

  • Mendidik kanak-kanak menyedari tentang kepentingan al-Quran di dalam kehidupan.

  • Berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan Bahasa Inggeris serta Bahasa Arab sebagai bahasa antarabangsa.

  • Mengamalkan saranan al-Quran di dalam kehidupan seharian.

Aktiviti Terkini:
Hari Terbuka APC - 7.11.2015

Hari Pendaftaran APC secara serentak di seluruh negara telah berlangsung pada 7 November 2015 yang lepas. APC Saujana Impian turut melaksanakan Hari Terbuka tersebut untuk kali kedua bagi meraikan ibu-bapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai modul-modul pembelajaran yang terdapat di APC.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa pengambilan pelajar berumur 4, 5 & 6 tahun bagi sesi persekolahan 2016 masih dibuka & tempat semakin terhad. Jom ambil peluang ini & daftar anak anda segera!

 

Bersama kami merasai pembelajaran Al-Quran luar biasa.

© 2015 by Al-Baghdadi Playtime Centre (APC) Saujana Impian

bottom of page